Friday, May 18, 2012

miss my heroes!







v
v
v
latest pic...mereka membesar dgn baek..bnyak keletah + ragam..
membesar sbg hero2 yg kacak=)


Monday, May 14, 2012

ahaaa...buat ap 2???


amira!apa awak buat pukul 4a.m tak tido lg ni??
alaaa..rlex dulu.mcm x biasa pulk dah hujung2 sem ni i uolls date ngn assement ler
menatang ap 2???haaa,makanan yg enak dimakan
jgn d'tanya.sekarang asal buat assement je mula ler lapo
*eceh belum mula buat pun dah duk kalut cari makanan*

time2 sekarang kalau tgk dr tingkap bilik, mostly suma bilik akan terang
kenapa???sebab budk2 um tgh duk kalut2 buat assement,tesis,slide psentation..
sebelum2 ni jangan harap ler nk jumpa *phenomena* yg indah ni

apa2 pun saja je nak bg semangat kt diri sendiri..


p/s>>>masa post bnda ni baru perasan,cokelat cadbury tu dh 8 bar aku tibai...haha



Friday, May 4, 2012

To be in heaven,together,forever:)





"if the 'Love' makes you become worse. Let it go. it's hard. Allah knows and He will replace someone better for you. If the Love makes your relationship with family or beloved people worse, turn to Allah for decision, Allah knows the best. If you're in dilemma what you want and what make things better. Have faith in Allah, He knows what you've done.He knows what you've sacrificed. Dan, cinta itu memang perlukan pengorbanan."


Someone who really loves you will show you they want you, will prove that they need you, will remind you they love you. Will put you in the list, " To be in heaven,together,forever."


quotes from Dena Bahrin (sila click).....


 "SELAMAT PENGANTIN BARU DENA,SEMOGA BAHAGIA SAMPAI SYURGA:)...HEPY FOR YOU DEAR

Thursday, May 3, 2012

someday:)





wahai kaum Hawa...


kau bangun pagi, kau gerak suami,
kau ajak suami berjemaah, kau jadi makmum,
kau masak, kau gosok baju suami,
kau sedia kasut stoking untuk suami,
kau bancuh teh, kau hantar suami ke pintu pagar, kau cium tangan dia...


kau mintak maaf...
kau tak rehat...


kau basuh baju pula, kau lipat baju.
kau kena tunggu van ikan pula, kau beli lauk pauk,
kau masak pula, kau siang ikan,
kau potong sayur, kau goreng...


kau letih..
kau tak rehat...


tengah hari, anak-anak balik,
anak tu lempar beg merata-rata, kau sabar,
anak tu buat bising, kau redha,
anak tu buat perangai, kau senyum,
anak tu nangis, kau tetap manis..


kau tabah...
kau tak rehat lagi...


kau hidang makan tengah hari untuk anak,
kau tukang suap, kau tukang basuh,
kau tukang lap, kau tukang kemas...


sampai petang...
kau tak rehat...


suami pula balik, kau berlari cium tangan dia,
kau minta maaf, kau hidang minum petang untu dia,
kau bagi senyuman kat dia, kau hiburkan hati dia...


kau letih...
kau menyandar tepi dia...


maghrib tiba, kau ajak suami pergi dengar kuliah,
kau sedia jubah suami, kau sarungkan kopiah dia,
kau hiburkan dia lagi, lagi dan lagi....


malam tiba, kau jadi permaisuri,
kau bahagiakan suami, kau jadi bidadari...




dengan jalan nilah kau akan nampak syurga...


-USTAZ AZHAR IDRUS-

actually yang asal ditulis dalam loghat terengganu..tapi tetibe je rajin nak translate.
terkesan dengan bait2 ayat ni..hope diri ni pun mampu berbakti sebegini..
INSYA ALLAH...amin:)

p/s>>>teringin nak g pesta buku..tapi xde sape nak teman:(

Wednesday, April 18, 2012

you may look i have changed but I'm still me that before:)


Zaman sekarang bukan main mudah nak dapat ‘awek’. Umpama petik jari sahaja dah boleh dapat. Masakan tidak? Kenyit-kenyit mata sikit, bomkan ayat-ayat cinta sikit, ‘confirm’ dah boleh dapat.

Zaman sekarang bukan main mudah untuk dapat ‘awek muslimah’. Mungkin tidak semudah petik jari tetapi kalau bijak bermain kata, cuba ucapkan ayat-ayat berbaur keinsafan sikit, tunjuk gaya penampilan yang nampak alim sikit, ucapkan kata-kata tazkirah ‘confirm’ dah boleh dapat.

Tetapi, zaman sekarang bukan main payah untuk kita jumpa dan miliki hati Muslimah Mujahidah Solehah, kerana mereka ini bukan sebarang wanita.

Mereka ialah wanita-wanita yang berpegang pada prinsip hidup! Bagi mereka ketegasan terhadap kaum Adam itu adalah satu mutiara dalam hidup mereka, sifat manja (gedik) terhadap kaum adam yang ajnabi langsung tidak akan wujud dalam diri mereka!

Inilah contoh Muslimah Mujahidah Solehah! Jadi, wahai kaum hawa buatlah pilihan untuk berada di golongan wanita yang bagaimana. Saya yakin! Anda sudah mampu berfikir yang baik dan buruk tentang sesuatu perkara.


saya masih tetap diri saya yang dahulu TETAPI sedang berusaha memperbaiki diri

Monday, March 26, 2012

dikala ujian itu hadir~

dalam hidup ni memang byk ujian yang kita akan tempuh
kehilangan org yg kita sayang, barang yang kita sayang, teman rapat mungkin jauh mengejar cita2
tapi sebenarnya pernah tak kita fikir bahawa setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmah
Maha Suci Allah, yang mentadbir dgn kebijaksanaan-NYA.
sesungguhnya DIA tidak akan menduga hambaNYA melebihi apa yang kita mampu

tatkala mendapat berita abah tersayang sakit, memang aku rasakan dunia ni berhenti berputar
walaupun sakit yang tidaklah teruk, tapi sebagai anak pasti kita risau dan gelisah 
bila dapat tahu orang tua kita sedang sakit
terasa macam nak balik waktu ni jgk untuk jaga abah....

sebenarnya aku bukanlah rapat dengan abah dari kecil
biasalah ayah ni selalu diumpamakan sbg s'org yang garang
tapi semakin aku dewasa, aku mulai sedar yang ayah ni juga punyai hati selembut ibu
bila dewasa, aku sedar yang aku memang jarang luangkan waktu dgn abah dr kecil
semua cerita aku kongsi dgn mak..
tapi bila sudah dewasa, aku mulai boleh bersikap terbuka untuk berkongsi dgn abah

setelah dewasa aku sedar, ibu bapa tidak mgharapkan balasan apa2 dr anak2
mereka hanya mahu melihat kita berjaya, walaupn mereka terpaksa berkorban
teringat dulu, wlaupun abah dah bersara tapi dia masih gigih bkerja untuk menyara aku yang masih bersekolah
walaupn masa itu  sudah ada ank2 yang mampu membantu
bagi abah "tanggungjawab dia thadap aku masih belum selesai, selagai dia mampu dia akan usahakn"

dan di sisi abah, setia menanti seorang wanita yang cukup baik hati..
peneman abah waktu suka dan duka
walaupn kadang kala merintih tentang kehidupan yang dilalui bersama abah
tetapi aku pasti hati nya setia dan ikhlas menemani abah
itulah "mak" org yang paling memahami abah
peneman yang sangat setia
cintanya kpd abah sangat tulus, dan aku amat2 kagum

semoga Allah memberi kesihatan kpd mak dan abah
semoga abah cepat sembuh 
semoga kedua orang tuaku diberi umur yang panjang untuk melihat kejayaanku
semoga aku menjadi s'orng yang tabah untu melalui setiap "perubahan"


dan semoga aku berpeluang untuk menjadi seperti wanita yang memiliki ciri2 seperti ini
v
v
v
v

amin.......


p/s>>>setiap kebaikan yang kita lakukan belum tentu akan baik pada pandangan mata manusia
tapi ingatlah apa yang Allah pandang itu lebih penting dr apa yang manusia pandang