Monday, March 26, 2012

dikala ujian itu hadir~

dalam hidup ni memang byk ujian yang kita akan tempuh
kehilangan org yg kita sayang, barang yang kita sayang, teman rapat mungkin jauh mengejar cita2
tapi sebenarnya pernah tak kita fikir bahawa setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmah
Maha Suci Allah, yang mentadbir dgn kebijaksanaan-NYA.
sesungguhnya DIA tidak akan menduga hambaNYA melebihi apa yang kita mampu

tatkala mendapat berita abah tersayang sakit, memang aku rasakan dunia ni berhenti berputar
walaupun sakit yang tidaklah teruk, tapi sebagai anak pasti kita risau dan gelisah 
bila dapat tahu orang tua kita sedang sakit
terasa macam nak balik waktu ni jgk untuk jaga abah....

sebenarnya aku bukanlah rapat dengan abah dari kecil
biasalah ayah ni selalu diumpamakan sbg s'org yang garang
tapi semakin aku dewasa, aku mulai sedar yang ayah ni juga punyai hati selembut ibu
bila dewasa, aku sedar yang aku memang jarang luangkan waktu dgn abah dr kecil
semua cerita aku kongsi dgn mak..
tapi bila sudah dewasa, aku mulai boleh bersikap terbuka untuk berkongsi dgn abah

setelah dewasa aku sedar, ibu bapa tidak mgharapkan balasan apa2 dr anak2
mereka hanya mahu melihat kita berjaya, walaupn mereka terpaksa berkorban
teringat dulu, wlaupun abah dah bersara tapi dia masih gigih bkerja untuk menyara aku yang masih bersekolah
walaupn masa itu  sudah ada ank2 yang mampu membantu
bagi abah "tanggungjawab dia thadap aku masih belum selesai, selagai dia mampu dia akan usahakn"

dan di sisi abah, setia menanti seorang wanita yang cukup baik hati..
peneman abah waktu suka dan duka
walaupn kadang kala merintih tentang kehidupan yang dilalui bersama abah
tetapi aku pasti hati nya setia dan ikhlas menemani abah
itulah "mak" org yang paling memahami abah
peneman yang sangat setia
cintanya kpd abah sangat tulus, dan aku amat2 kagum

semoga Allah memberi kesihatan kpd mak dan abah
semoga abah cepat sembuh 
semoga kedua orang tuaku diberi umur yang panjang untuk melihat kejayaanku
semoga aku menjadi s'orng yang tabah untu melalui setiap "perubahan"


dan semoga aku berpeluang untuk menjadi seperti wanita yang memiliki ciri2 seperti ini
v
v
v
v

amin.......


p/s>>>setiap kebaikan yang kita lakukan belum tentu akan baik pada pandangan mata manusia
tapi ingatlah apa yang Allah pandang itu lebih penting dr apa yang manusia pandang


Friday, March 16, 2012

syurgamu & syurgaku


Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya, dikata sombong.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya, dikata berlagak.
Adam itu. Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya, dikata poyo.
Adam itu. Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya, dikata kerek.
Adam. Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah?
Atau..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon
tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah?
Ini kah calon mu wahai Adam?
Ketahui ini wahai Adam,
Sungguhnya, perempuan itu manja.
Suka dibelai. Suka dikasih.
Namun, Adam.
Tahu apa erti batas pergaulan?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong, berlagak, poyo dan kerek.
Kerana,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu.
Bahawa perempuan itu membantu kamu.
Menghindar dari dosa.
Menjauh dari kehinaan.
Kerana perempuan itu fitnah dunia.
Perempuan itu fitnah bagi kamu.
Adam,
Perempuan ini insan yang lemah.
Jangan kau cemar imannya.
Jangan kau rosakkan mujahadahnya.
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi.
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya.
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya.
Adam,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan.
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana.
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati.
Ibu kepada bakal pejuang agama.
Doa buat mereka.
Doa buat dirimu.
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu.
Kerana Adam adalah pembela Hawa:)
credit to iluv islam
p/s :wahai adam, aku sayangkan syurgaku tetapi aku tidak mahu masuk ke syurga berseorangan kerana aku juga sayangkan syurgamu

Sunday, March 11, 2012

salahkah bercinta(1)??

- Cinta yang dicari adalah baik, tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik-
……………………………………………

Cinta & Remaja




Sudah jatuh cinta? Jadi bagaimana ? remaja dan cinta memang tak dapat dielakkan lagi. Kisah suka duka mereka sering dijadikan ilham untuk para penyair untuk menghasilkan syair2 mereka ataupun menjadi bait2 lirik lagu. Habis segala ciptaan Allah dijadikan perumpaan. Pelangi, embun, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambing untuk memuji sang kekasih. Tak percaya?? Ce dengar di radio2, tv malahan novel2 semuanya berkisar tentang CINTA.


Begitulah eratnya hubungan remaja dengan cinta. Sehingga membawa kesimpulan bahawa tida lagi hubungan remaja dengan yang lain, selain cinta. Seolah-olah remaja tiada hubungan dengan IMAN, PERJUANGAN, DAKWAH, KEPIMPINAN ATAU KEUSAHAWANAN. Yang ada hanya REMAJA dan CINTA!!

Banyak sebenarnya faktor yang boleh mengundang rasa cinta ni. Dengan teman sekelas, teman sepergajian tapi yg paling best mungkin cinta pandang pertama masa sama2 tunggu bas ketika hujan renyai2..wow, Nampak romantic bukan??

Bila dah mabuk cinta
Korang perasan tak, bila sebut je pasal cinta, mula laa terbayang epic Romeo yang sanggup mati demi Juliet ataupun Qaisy yang sanggup gila kerana terpisah dengan Laila. Kini pula timbul isu remaja sanggup tinggalkan parents demi si kekasih hati yang baru hanya kenal 2 bulan! Pernah dengar pantun ni,

“nasi lemak buah bidara, saying selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan”

Parah kn?? Demi sang kekasih, kita sanggup buang keluarga. Yang lagi menakutkan ada yang sanggup menukar agama untuk memiliki cinta. Kesimpulan yang dapat dibuat, manusia seolah-olah menobatkan cinta sebagai “tuhan”..MasyaAllah..




Rasa cinta itu adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNYA. Atau lebih tepat cinta=FITRAH. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun cuba dihalang, tapi rasa “ajaib” itu dating juga. Tidak kuasa untuk menolaknya, tapi kalau ia disuburkan maka makin marak dan menggilalah jadinya. Lepas tu makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi  tak basah.


Salahkah bercinta?
Remaja selalu akan bertanya (termasuk diri sendiri ni )”salah ke kalau nk bercinta??”. Tidak, bercinta memang tak salah sebab ia adalah fitrah yang Allah kurniakan pada manusia. Jiwa manusia perlukan cinta sama macam jasad perlukan makanan. Maka tidak salah untuk menikmati cinta. Kalau salah, tak kan Allah kurniakan rasa cinta kn? So, kita kena sedar yang Allah kurniakan rasa cinta itu pasti ada tujuannya.

Tetapi kita kena sedar, Allah tak akan kurniakan rasa cinta tu secara begitu sahaja sehingga memudaratkan. DIA juga telah mencipta peraturan cinta untuk menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kita sebagai manusia SUKA LANGGAR kn? Sapa cakap rasa cinta tu salah?? Yang sebenarnya kesalahan itu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta! Nah, kat sinilah berlaku fenomena “cinta terlarang”- ia melanggar peraturan dan menafikan prinsip yang Allah tetapkan. Masa ni fitrah akan bertukar jadi fitnah bila kehendak tabi’e tak disalurkan ikut peraturan Allah. So jangan kita hanya mengakui cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga Allah juga tetapkan cinta itu dating bersama peraturanNYA.





Friday, March 9, 2012


"Saya benar-benar cintakan awak" bicara si lelaki.
"Emm, Apalah buktinya?" duga si gadis.

"Awak, saya sanggup korbankan segalanya demi awak. Lautan api sanggup saya redah.." sungguh-sungguh si lelaki bermadah dengan si gadis.
Situasi lain:
"Eh, kenapa kau tak terima je cinta dia?"
"Aku tak dapat terima cinta dia la sebab hati aku ni tak de feel langsung kat dia.."

C.I.N.T.A
Cinta.
Sayang.
Suka.
Minat.
Tangkap cintan.
Dan pelbagai lagi istilahnya ini menjurus kepada perasaan 'syok' seseorang kepada seseorang yang lain.
Rata-rata yang sering membicarakan soal CINTA atau lebih tepat lagi di sini cinta sesama makhluk yang berlawanan jenis ini adalah dari kalangan remaja.
Remaja dan Cinta. Ibarat isi dengan kuku. Bagai tidak dapat dipisahkan. Namanya remaja 'surely have an experience about LOVE'!

Namun, adakah kita benar-benar faham dengan istilah cinta ini?
Adakah CINTA atau ia hanya NAFSU (keinginan hati) semata-mata?
Kenapa di sini saya kaitkan antara nafsu dan cinta?



Dalam Islam mengajar uda dan dara bagaimana untuk cinta dan berkasih sayang.  Islam isperfect! Soal cinta pun ada.
Buktinya:
Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ? Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.
Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra)
Cinta kerana Allah ini sudah pastinya dihiasi dengan ketaatan terhadap setiap suruhan Allah dan menjauhi segala larangan-NYA.
Cinta yang halal bagi seorang lelaki dan perempuan adalah melalui pernikahan.

Lalu bagaimanakah? Adakah anda bersedia menetapkan hati agar mencinta si dia hanya kerana Allah?
Dari Anas Ibnu Malik Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam setelah memuji Allah dan menyanjung-Nya bersabda: "Tetapi aku sholat, tidur, berpuasa, berbuka, dan mengawini perempuan. Barangsiapa membenci sunnahku, ia tidak termasuk ummatku." Muttafaq Alaihi.
Persoalan yang ingin saya lontarkan di sini adalah:
Pernikahan yang bagaimana?
Adakah cukup dengan perasaan 'suka-suka'?

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Perempuan itu dinikahi karena empat hal, yaitu: harta, keturunan, kecantikan, dan agamanya. Dapatkanlah wanita yang taat beragama, engkau akan berbahagia."  Muttafaq Alaihi dan Imam Lima.




INILAH JAWAPANYA :
Mencintai seseorang di sisi Islam bukanlah "dari mata turun ke hati" tetapi ianya dari IMAN.
Cinta yang berlandaskan material semata belum tentu mendapat redho Allah.

Cinta yang selalu mengutamakan "apa yang dirasa oleh hati" tanpa berbalik kepada persoalan agama inilah yang selalu membawa kecundang di kemudian hari.
Tetapi, jika yang mendahului cinta itu adalah iman dan 'ilmu agama yang sentiasa mendorong 'aqal agar bijak memilih pasti Allah sentiasa meredhai perasaan yang wujud itu.
credit to :Srikandi Al-Azwa

Monday, March 5, 2012

Allah will never leave us:)

pernah tak kadang 2 rasa :

- selalu bersendirian hadapi masalah
-tak ada orang yg bantu kita bila susah
-cemburu bila tgk org lain ada sahabat yg selalu dgn mereka
-cemburu dgn kelebihan & kebahagian org laen
-mcm seolah-olah hnya kita shj yg d'uji dgn pelbagai dugaan
.................


yup, pasti dlm diri setiap org akn ada perasaan2 yg mcm ni
tmasuk la diri sendiri ni^_^...tp sebenarnya pernah x kita muhasabah diri & gunakan akal
yg Allah anugerahkn utk kita bersangka baik...

pernah tak terfikir :
-kita mgkin sentiasa bersendirian hadapi masalah, supaya ia dpt melatih diri kita agar takterlalu bgantung pd org lain TETAPI hnya bgantung pd ALLAH :)

-mgkin tak ada org yg bntu kita selesaikn masalah, TAPI jgn kita lupa yg ALLAH sentiasa ada untk membantu hambaNYA. jd sentiasalh memohon padaNYA :)

-seseorg itu kelihatan bahagia krn dikelilingi rmai sahabat atau ramai org krn dia SANGAT mnghargai 
setiap makhluk yg ada di sekelilingnya. berbeza dgn kita yg mgkin selalu melupakn shbt sndiri di masa senang dan hnya mncari mereka di waktu susah :)

-kelebihan dan kelemahan itu semestinya ada pd setiap org..yg membezaknya hnya cara kita menerimanya. mgkin selama ini kita hnya gembira dgn kelebihan tetapi menolak kelemahan diri sendiri. knp kita tak pernah cuba untuk mnukar kelemahan kpd kelebihan??mgkin org y kita lihat punyai byk kelebihan itu sebenarnya mempunyai kelemahan yg lebih dr kita, TETAPI mereka berusaha untu memperbaikinya :)

-bukankah Allah dh nyatakn, bhawa setiap hambaNYA pasti akn diuji. kita seharusnya bsyukur krn masih d'uji sebab itu tandanya ALLAH masih sayangkn kita..dan ingatlah ALLAH x akn mnguji melebihi kemampuan hambaNYA :)


nota kaki >>>kita perlu sentiasa bfikiran positif, barulah boleh mnjalani kehidupan dgn gumbira:)

Saturday, March 3, 2012

hormati sesama makhluk

H.O.R.M.A.T....yup word ni mmg biasa kta jmpa kn.tp pernah x kita cuba tuk hayati ap mkna sbnarnya
kadang2 secara x sedar kita mgkin tlepas pndang sst pkara.niat hati nk bg pndangan or nasihat kt org lain
tapi dgn x sengaja kita mmberi pndangan or nasihat tnpa rasa "hormat" pd org yg mndengar. dlm Islam sendiri ad diterangkn cara y sngt cantik utk mmberi pndangan dan nasihat iaitu tnpa mngabaikan rasa "hormat" pd seseorg..bayangkn klau kita ditegur dgn cara yg memalukn, msti kita akn rasa sedih,mrh,geram kn??so mcm 2 jgk kita kna fikir perasaan org laen sblm kita menegur..sbb 2 Islam mngajar kita utk bfikir dahulu sblm melontarkn kata2, takut ia nya akn mndatangkn keburukn..menegur 2 mmg x slh malah digalakkn tp msti kna dgn caranya, barulah akn mmbawa kesan yg positif..