Monday, March 26, 2012

dikala ujian itu hadir~

dalam hidup ni memang byk ujian yang kita akan tempuh
kehilangan org yg kita sayang, barang yang kita sayang, teman rapat mungkin jauh mengejar cita2
tapi sebenarnya pernah tak kita fikir bahawa setiap ujian yang berlaku pasti ada hikmah
Maha Suci Allah, yang mentadbir dgn kebijaksanaan-NYA.
sesungguhnya DIA tidak akan menduga hambaNYA melebihi apa yang kita mampu

tatkala mendapat berita abah tersayang sakit, memang aku rasakan dunia ni berhenti berputar
walaupun sakit yang tidaklah teruk, tapi sebagai anak pasti kita risau dan gelisah 
bila dapat tahu orang tua kita sedang sakit
terasa macam nak balik waktu ni jgk untuk jaga abah....

sebenarnya aku bukanlah rapat dengan abah dari kecil
biasalah ayah ni selalu diumpamakan sbg s'org yang garang
tapi semakin aku dewasa, aku mulai sedar yang ayah ni juga punyai hati selembut ibu
bila dewasa, aku sedar yang aku memang jarang luangkan waktu dgn abah dr kecil
semua cerita aku kongsi dgn mak..
tapi bila sudah dewasa, aku mulai boleh bersikap terbuka untuk berkongsi dgn abah

setelah dewasa aku sedar, ibu bapa tidak mgharapkan balasan apa2 dr anak2
mereka hanya mahu melihat kita berjaya, walaupn mereka terpaksa berkorban
teringat dulu, wlaupun abah dah bersara tapi dia masih gigih bkerja untuk menyara aku yang masih bersekolah
walaupn masa itu  sudah ada ank2 yang mampu membantu
bagi abah "tanggungjawab dia thadap aku masih belum selesai, selagai dia mampu dia akan usahakn"

dan di sisi abah, setia menanti seorang wanita yang cukup baik hati..
peneman abah waktu suka dan duka
walaupn kadang kala merintih tentang kehidupan yang dilalui bersama abah
tetapi aku pasti hati nya setia dan ikhlas menemani abah
itulah "mak" org yang paling memahami abah
peneman yang sangat setia
cintanya kpd abah sangat tulus, dan aku amat2 kagum

semoga Allah memberi kesihatan kpd mak dan abah
semoga abah cepat sembuh 
semoga kedua orang tuaku diberi umur yang panjang untuk melihat kejayaanku
semoga aku menjadi s'orng yang tabah untu melalui setiap "perubahan"


dan semoga aku berpeluang untuk menjadi seperti wanita yang memiliki ciri2 seperti ini
v
v
v
v

amin.......


p/s>>>setiap kebaikan yang kita lakukan belum tentu akan baik pada pandangan mata manusia
tapi ingatlah apa yang Allah pandang itu lebih penting dr apa yang manusia pandang


No comments:

Post a Comment