- Cinta yang dicari adalah baik, tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik-
……………………………………………
Cinta & Remaja
Sudah jatuh cinta? Jadi bagaimana ? remaja dan cinta memang tak dapat dielakkan lagi. Kisah suka duka mereka sering dijadikan ilham untuk para penyair untuk menghasilkan syair2 mereka ataupun menjadi bait2 lirik lagu. Habis segala ciptaan Allah dijadikan perumpaan. Pelangi, embun, bulan dan bintang semuanya dijadikan lambing untuk memuji sang kekasih. Tak percaya?? Ce dengar di radio2, tv malahan novel2 semuanya berkisar tentang CINTA.
Begitulah eratnya hubungan remaja dengan cinta. Sehingga membawa kesimpulan bahawa tida lagi hubungan remaja dengan yang lain, selain cinta. Seolah-olah remaja tiada hubungan dengan IMAN, PERJUANGAN, DAKWAH, KEPIMPINAN ATAU KEUSAHAWANAN. Yang ada hanya REMAJA dan CINTA!!
Banyak sebenarnya faktor yang boleh mengundang rasa cinta ni. Dengan teman sekelas, teman sepergajian tapi yg paling best mungkin cinta pandang pertama masa sama2 tunggu bas ketika hujan renyai2..wow, Nampak romantic bukan??
Bila dah mabuk cinta
Korang perasan tak, bila sebut je pasal cinta, mula laa terbayang epic Romeo yang sanggup mati demi Juliet ataupun Qaisy yang sanggup gila kerana terpisah dengan Laila. Kini pula timbul isu remaja sanggup tinggalkan parents demi si kekasih hati yang baru hanya kenal 2 bulan! Pernah dengar pantun ni,
“nasi lemak buah bidara, saying selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan”
Parah kn?? Demi sang kekasih, kita sanggup buang keluarga. Yang lagi menakutkan ada yang sanggup menukar agama untuk memiliki cinta. Kesimpulan yang dapat dibuat, manusia seolah-olah menobatkan cinta sebagai “tuhan”..MasyaAllah..
Rasa cinta itu adalah anugerah Allah kepada hamba-hambaNYA. Atau lebih tepat cinta=FITRAH. Lelaki inginkan cinta wanita dan begitulah sebaliknya. Walaupun cuba dihalang, tapi rasa “ajaib” itu dating juga. Tidak kuasa untuk menolaknya, tapi kalau ia disuburkan maka makin marak dan menggilalah jadinya. Lepas tu makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah.
Salahkah bercinta?
Remaja selalu akan bertanya (termasuk diri sendiri ni )”salah ke kalau nk bercinta??”. Tidak, bercinta memang tak salah sebab ia adalah fitrah yang Allah kurniakan pada manusia. Jiwa manusia perlukan cinta sama macam jasad perlukan makanan. Maka tidak salah untuk menikmati cinta. Kalau salah, tak kan Allah kurniakan rasa cinta kn? So, kita kena sedar yang Allah kurniakan rasa cinta itu pasti ada tujuannya.
Tetapi kita kena sedar, Allah tak akan kurniakan rasa cinta tu secara begitu sahaja sehingga memudaratkan. DIA juga telah mencipta peraturan cinta untuk menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kita sebagai manusia SUKA LANGGAR kn? Sapa cakap rasa cinta tu salah?? Yang sebenarnya kesalahan itu berlaku sewaktu menjalinkan hubungan cinta! Nah, kat sinilah berlaku fenomena “cinta terlarang”- ia melanggar peraturan dan menafikan prinsip yang Allah tetapkan. Masa ni fitrah akan bertukar jadi fitnah bila kehendak tabi’e tak disalurkan ikut peraturan Allah. So jangan kita hanya mengakui cinta itu dari Allah, tetapi akuilah juga Allah juga tetapkan cinta itu dating bersama peraturanNYA.



.jpg)





